Penjawat Awam Bakal Terima RM500 Sumbangan Kerajaan Untuk Persiapan Hari Raya

June 16, 2017

Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kewangan khas sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Berita gembira tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini dan bantuan khas tersebut akan dibuat sebelum 9 Jun ini.

Selain daripada penjawat awam, bantuan ini turut akan dinikmati oleh hampir 775,000 orang pesara kerajaan sebagai sebuah penghargaan di atas jasa perkhidmatan mereka. Mereka akan menerima bayaran sebanyak RM250.

Menurut Kementerian Kewangan anggaran bantuan khas ini ialah sebanyak RM 1 bilion. Dengan bantuan ini kerajaan berharap dapat meringankan beban kewangan para penjawat awam dan pesara sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Sumber : EraBaru

Article Tags:
· · · · · · · · · ·
Article Categories:
Berita · Isu Dalam Negara