Pos Malaysia Lancarkan Setem Bulan Kelahiran Tun Mahathir

Bersempena dengan hari kelahiran Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang jatuh pada 10 Julai, Pos Malaysia Berhad berbesar hati untuk melancarkan folder set edisi terhad setem gambar Tun Dr. Mahathir dan isteri.

Pengenalan folder set setem ini mengandungi gambar yang memaparkan detik-detik manis pasangan yang dikagumi ramai ini. Selain daripada tanda penghormatan, set ini dijual sebagai tanda sokongan Tabung Harapan Malaysia yang dimulakan semenjak bulan lepas. Sebanyak RM5 daripada hasil jualan set setem ini akan disalurkan ke Tabung Harapan.

Set folder setem ini boleh didapati di semua Pejabat Pos Besar, pejabat pos terpilih dan eziEmall.com pada harga RM93 setiap satu.

Sumber :

TheVocket