Buat Sandwic Pun Boleh Ajar Anak Jadi Penyabar dan Pandai Berkomunikasi

Seorang bapa, Josh Darnit, telah membuat satu cabaran menarik di rumah bersama anak-anaknya. Beliau memuatnaik video bertajuk “Exact Instructions Challenge” yang berdurasi 7 minit 23 saat sambil memaparkan gelagat Josh meminta anak-anaknya menuliskan arahan lengkap untuk membuat sandwic mentega kacang dan jeli. Josh kemudian akan membuat sandwich tersebut betul-betul berpandukan arahan yang ditulis.

Bunyinya seperti agak mudah, tapi anda saksikan sendiri bagaimana Josh sedaya upaya sengaja melakukan kesilapan semasa membuat sandwich tersebut.Aktiviti mudah seperti ini boleh merangsang minda anak-anak untuk berkomunikasi dengan lebih tepat dan terperinci. Selain itu, anda juga dapat mengajar anak erti sabar dan kesungguhan. Bolehlah anda pula cuba pada hujung minggu ini!