Cara Untuk Meningkatkan Daya Ingatan Anda

May 23, 2017

Memori merupakan satu kemampuan untuk manusia menyimpan dan mengingati data-data atau peristiwa penting yang berlaku di dalam kehidupan seharian. Menurut kajian, memori manusia akan meningkat sehingga sampai pada satu tahap iaitu pada usia tua, ia akan mula berkurangan. Oleh yang demikian, gaya hidup dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anda setiap hari memainkan peranan yang penting bagi membantu perkembangan memori anda.

1. Pemakanan yang sihat 

Makanan yang anda makan setiap hari merupakan satu faktor yang amat penting untuk membantu perkembangan memori dan daya ingatan anda. Dalam topik ini, sayur merupakan makanan yang paling sihat untuk otak anda. Kebanyakan sayur-sayuran seperti sayur brokoli mempunyai antioksidan dan sebatian yang membantu melindungi kesihatan otak anda sekaligus merangsang penghasilan sel-sel otak yang baru.

2. Tidur yang cukup

Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Havard menunjukkan bahawa orang yang mendapat tidur yang cukup cenderung untuk menghasilkan idea -idea yang bernas dan berkualiti tinggi. Kajian tersebut berjaya membuktikan bahawa dengan hanya mendapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam sehari, ia dapat memberikan satu impak yang besar dalam penghasilan idea dan kekuatan memori pada keesokan harinya.

Selain itu, proses pertumbuhan otak atau neuroplasticity berlaku semasa seseorang itu sedang tidur. Contoh yang paling tepat dalam hal ini ialah seorang bayi. Seorang bayi akan kerap tidur untuk merangsang otaknya supaya dia mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk mengenali corak dalam maklumat baru.

3. Bermain “brain games”

Sekiranya anda jarang mencabar otak untuk mengingati atau melakukan aktiviti-aktiviti yang baru, lama kelamaan keupayaan otak anda akan merosot. Dengan mengenakan rangsangan yang baik dan berterusan kepada otak anda melalui permainan yang mencabar dan menyeronokkan, perkara ini dapat dielakkan. Anda hendaklah mencabar otak anda melalui permainan-permainan yang digelar “brain games” sekurang kurangnya 3 kali seminggu bagi meningkatkan keupayaan memori anda. Anda boleh melawat laman web Lumosity.com bagi memainkan “brain games” secara atas talian.

Sumber : Iluminasi

Article Tags:
· · · · ·
Article Categories:
Gaya Hidup · Kesihatan · Viral