Mengapa Rasa Hendak Buang Air Semakin Kuat Apabila Kita Dekat Dengan Tandas?

June 7, 2017

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman di dalam hidup mereka di mana anda sedang menahan diri daripada membuang air atas sebab-sebab tertentu. Apabila anda berada hampir dengan tandas atau anda telahpun berada di dalam tandas, rasa ingin membuang air itu akan meningkat, tetapi mengapa?

Sejak kecil lagi, kita telah diajar dan dilatih oleh orang tua atau penjaga kita untuk membuang air di tandas. Mindset kita telah terkunci untuk pergi ke tandas setiap kali rasa hendak buang air itu muncul.

Menurut seorang pakar psikoterapi, Dr Ginnie Love, Keadaan ini merupakan satu keadaan yang dipanggil “pelvic perk”. Keadaan ini berlaku apabila kita terlihat sesuatu objek yang dapat merangsang otak kita untuk menimbulkan sesuatu perasaan itu dengan kuat dan segera. Di dalam kes ini, kita dapat fahami bahawa seseorang akan berasa ingin membuang air dengan kuat apabila terlihat tandas ataupun mangkuk tandas akibat daripada kesan “pelvic perk”.

Semasa kita kecil, kita telah diajar untuk membuang air di dalam tandas. Perkara ini telah dilalui oleh seseorang sejak kecil sehinggalah dewasa. Oleh hal yang demikian, otak seseorang itu telah terprogram untuk pergi ke tandas apabila terasa seperti hendak membuang air. Kesannya, apabila kita hendak membuang air, secara tidak sedar otak kita akan bertindak balas dengan objek sekeliling dan tempat kita berada dan ia akan merangsang badan kita untuk membuang air apabila kita telah berada di sesuatu tempat yang “serupa” dengan tempat yang telah terprogram di dalam otak kita iaitu di dalam tandas.

“Ia seperti eksperimen Pavlov,” kata Dr. Mei M. Wakamatsu, seorang pakar dalam bidang urogynecologist di Hospital Massachusetts. Menurutnya, eksperimen itu dijalankan oleh seorang professor dan pakar fisiologi Russia, Ivan Pavlov yang akan membunyikan loceng setiap kali hendak memberikan makanan kepada anjing-anjingnya. Selepas beberapa hari, setiap kali dia membunyikan loceng, anjing-anjingnya pasti akan datang dan berlari ke arah mangkuk makanan masing-masing walaupun ketika dia tidak meletakkan makanan di dalam mangkuk tersebut.

Sumber : GinnieLove|Shape|Iluminasi

 

Article Tags:
· · · · · · · · · · ·
Article Categories:
Gaya Hidup · Informasi