img

Muzik Dan Produktiviti Kerja

April 9, 2018

Hasil kajian mendapati muzik dapat memberi kesan positif kepada prestasi dan kualiti kerja seseorang. Kajiselidik telah dilakukan kepada beberapa orang pembangun sistem maklumat komputer di Kanada.

Para pengkaji telah memilih 50 orang responden yang terdiri daripada 41 orang lelaki dan 15 orang wanita yang bekerja di syarikat perisian komputer di negara itu. Kesemua responden dikehendaki untuk bekerja seperti biasa di tempat kerja masing-masing tetapi dengan dua situasi iaitu bekerja dengan mendengar muzik dan tanpa muzik.

Kajian yang dilakukan selama lima minggu itu menunjukkan prestasi kerja seseorang menurun apabila tidak mendengar muzik. Sebaliknya, apabila muzik dipasang mood bekerja terus berubah dan mereka menjalankan kerja dengan lebih baik dan prestasi meningkat.

Kajian tersebut membuktikan muzik memberi pengaruh yang positif serta mempunyai signifikan terhadap perkembangan prestasi kerja seseorang. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati muzik dapat mewujudkan suasana kerja yang lebih kondusif dan secara tidak langsung dapat memberi implikasi baik kepada organisasi tersebut.

Sumber : Psychology of Music

Article Tags:
· ·
Article Categories:
Kerjaya · Tips

Comments are closed.