Nabila Huda Dikecam Netizen Kerana Fesyen Keterlaluan

“Fesyen zaman nenek kau,” demikian kapsyen yang ditulis oleh pelakon Nabila Huda yang memperagakan gaun berwarna hitam di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) di Pavillion pada Sabtu lalu.

Gambar yang dimuat naik Nabila di Instagramnya itu dikecam hebat oleh netizen yang berasa kurang senang dan menganggap gaya itu agak keterlaluan.

Selain itu, netizen juga mendakwa Nabila seolah-olah memperlekehkan pemakaian tudung.

“Memang fesyen tapi kalau dah pemakaian itu macam menghina agama Islam itu sendiri, tak ke tak ada otak namanya? Orang Islam memakai pakaian yang menghina Islam.

“Walaupun saya tahu ramai golongan hawa yang pakai tudung tapi nampak bentuk dada, tapi ini sudah melebih. Kita bukan berada di zaman dulu. Zaman dulu baru nak explore agama dengan mendalam. Zaman sekarang orang dah boleh fikir benda ini memang salah. Saya tahu saya kecil lagi tapi saya boleh fikir mana yang elok, mana yang tidak,” kata Nurin Zahierah.

“Nak tiru macam omputih tapi diri tak sedar Melayu. Hahaha. Nak tiru omputih, tapi tak sedar dalam diri masih Islam. Hahaha! Sadis anak Amy ini. Bila kaya dengan dunia, duit manusia jadi seperti lembu mengikut dengan benda yang dilarang. Hahaha! Tak peliklah sebab kita dah akhir zaman. Teruskan,” kata Kidboy360.

Bagaimanapun, Nabila tidak membiarkan dirinya terus dikecam dan membalas beberapa komen netizen.

“Tak suka boleh unfollow atau anda akan disekat dalam masa 10 minit. Tengok gambar saya puas-puas dulu, lepas ni dah tak boleh tengok,” tulisnya.

Sumber :

TheReporter