70 Juta Akaun Twitter Digantung Sejak Dua Bulan Yang Lalu

Laman media sosial Twitter digunakan oleh pengguna yang mahu mendapatkan maklumat terkini dalam bentuk padat. Kerana perkongsian aksara yang terhad, ia kurang menyemakkan susur masa apabila digunakan pada telefon pintar. Tetapi platform ini mempunyai masalah bot yang kemudian dikatakan terlibat dalam kempen penyebaran propaganda Rusia.

Bagi menangani masalah bot yang masih lagi serius ini, sebanyak 70 juta akaun telah digantung oleh Twitter di bukan Mei dan Jun tahun ini. Di bukan Mei sahaja 9.9 juta akaun digantung. Ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap laporan peningkatan jumlah pengguna Twitter untuk suku ke-dua 2018.

Penggantungan akaun bukan satu-satunya cara Twitter memerangi penggunaan bot di platform mereka. Sebelum ini fungsi melakukan kicauan semula (retweet) secara pukal telah dinyahaktifkan untuk pengguna Tweetdeck. Melakukan kicauan yang sama secara berkali-kali juga tidak lagi dibenarkan bagi mengelakkan masalah spam.

Sumber :

Amanz.my