Instagram Memperkenalkan Fungsi Mention Sharing Untuk Stories

Stories digunakan oleh insan untuk memuat naik status yang hanya bertahan selama 24 jam. Ini dilakukan bagi mengelakkan kekusutan pada susur masa gambar yang dimuat naik. Hari ini sebuah fungsi baru diperkenalkan untuk pengguna Stories yang kerap di-tag oleh rakan.

Fungsi Mention Sharing ini membolehkan anda mengepos semula Stories milik rakan yang telah menanda (tag) nama anda. Ini perlu dilakukan dalam masa 24 jam. Sebelum dipos semula ke Stories peribadi, pengguna boleh menggunakan pelekat dan menghiasnya semula. Nama pemuat naik Stories asal akan dipaparkan pada Stories yang dipos semula ini. Untuk menggunakan fungsi ini anda perlu mengemaskini aplikasi ke versi 48 pada platform Android dan iOS.-Amanz