Microsoft Dijangka Memperkenalkan Surface Baru

Microsoft nampaknya dalam persediaan untuk memperkenalkan peranti Surface terbaru pada minggu ini. Melalui sebuah gambar acah yang dikongsikan hari ini, Microsoft memberikan petanda mereka akan memperkenalkan sebuah Surface baru.

Melalui gambar acah yang dikongsikan di Twitter, Microsoft bertanyakan kemanakah Surface seterusnya – selain menyertakan tarikh 10 Julai pada setiap peranti yang disertakan pada gambar berkenaan.

Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, Microsoft diperkatakan mungkin hadir dengan Surface pada harga lebih mampu milik – sekaligus bersaing dengan lebih baik bersama iPad. Desas-desus sebelum ini mengatakan Surface baru pada harga mampu milik ini mungkin menjalankan cip Intel Pentium, serta dilengkapi skrin 10-inci.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut mengenai peranti Surface baru daripada Microsoft tidak lama lagi.

Sumber :

Amanz.my