TimeHop Diserang Pengodam

TimeHop merupakan salah satu perkhidmatan sosial yang memaparkan perkongsian dan memori anda pada sesuatu tarikh yang sama beberapa tahun lepas. Sekiranya anda merupakan pengguna perkhidmatan berkenaan, ini mungkin suatu berita yang mendukacitakan untuk anda.

Hari ini, pihak TimeHop mengesahkan yang mana perkhidmatan mereka telah diserang pengodam, dan sejumlah data telah diambil oleh mereka.

TimeHop mengatakan disebabkan hal ini, sekitar 21 juta pengguna mereka terjejas, dimana data yang dicuri turut termasuk nama, emel, dan juga nombor telefon.

Selain daripada itu, akses kepada “kekunci” yang memberikan akses paparan perkongsian juga telah digodam – membuatkan pihak TimeHop nyah-aktifkan semua kekunci berkenaan.

Disebabkan oleh ini, pengguna akan perlu log masuk kembali ke akaun TimeHop mereka, disamping memberikan akses kepada perkhidmatan sosial seperti awalnya kembali.

Pihak TimeHop mengatakan mereka telah mengetatkan lagi sekuriti mereka supaya perkara sebegini tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

Sumber :

Amanz.my