Carilah Kehidupan Sertakan Tuhan – Sajak

Buatlah apa sahaja,
biarlah bersama Tuhan,
Berniaga dan carilah kehidupan sertakan Tuhan,
Laksanakanlah apa sahaja,
jangan tinggalkan Tuhan,

Tuhan hendaklah dibawa kemana-mana,
Tuhan sertakan di dalam perjuangan,
Di dalam menuntut ilmu jangan lupa Tuhan,

Tuhan adalah segala,
Ia modal hidup mati kita,
Ia aset yang kekal abadi,
Yang memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita,
Tuhan kenalah ada di dalam sebarang hal dan keadaan,

Jangan cuba tinggalkan,
kita akan kecundang,
Tuhan adalah harta yang bukan harta
Yang sangat diperlukan Selain Tuhan,
adalah harta Yang tidak memberi jaminan,
Tuhan adalah sangat diperlukan
Di dalam sebarang keadaan,
Jangan tinggalkan Tuhan
Jika Tuhan sudah ditinggalkan,
Sebarang kehidupan kita sudah tidak ada erti apa di dalam kehidupan
Begitulah besarnya
Tuhan Di dalam kehidupan insan..

Oleh : Ayahanda