Ribu ribu – Sajak

Ribu ribu
Kata dua
Angin sepi gelombang di mata
Sayu sepi
Semuanya kembali Jua

Ribu ribu
Anugerah
Sunyi Malam
Hati kalam
Impian masih ternyata

Apakah tidak kau sedari
Yang ada hanya pemilik misteri
Itupun kerana tak pasti
Yang ada tidak difahami

Ribu ribu
Nafas denyut
Satu punca
Ghazal lanjut
Mana mana bertapak Dia

Ribu ribu
Hijab mata
Satu kecil
Ilmu merbahaya
Jaga jaga
Supaya kau kasatmata

Apakah tidak kau sedari
Yang ada hanya pemilik misteri
Itupun kerana tak pasti
Yang ada tidak difahami

Ribu ribu
Pujian kata
Rindu dalam
Batasannya dimana?
Rebah jasad
Kancahlah tubuhmu ke tanah
Kancahlah tubuhmu ke tanah
Kancahlah tubuhmu ke tanah

Oleh : Mirza Muhammed