Mengenai Kami

Mengenai NotaKaki.com :-

Nota kaki merujuk kepada nota yang diletakkan di bawah rencana yang menerangkan lebih lanjut mengenai satu bahagian dalam teks. Hubungan di antara bahagian teks dengan nota kaki ditunjukkan dengan satu nombor atau simbol di teks berkenaan.

Nota kaki menambah bahan yang boleh menerangkan sesuatu fakta dengan lebih terperinci, tetapi boleh menganggu perhatian sekiranya dimasukkan dalam teks berkenaan. Nota kaki juga digunakan dalam memetik sumber untuk mengukuhkan lagi kredibiliti suatu rencana.

Ingat bahawa adalah lebih penting untuk anda memetik sumber kandungan dengan tepat. Sekiranya satu rencana sudah pun menggunakan satu gaya petikan, kaki seharusnya mengikut gayanya daripada menambah satu petikan lain mengikut gaya sendiri.

Tidak semua nota kaki adalah petikan sumber maklumat. Ia juga boleh digunakan untuk menerangkan atau memberi nota untuk sesuatu bahan.

Sekiranya ada bacaan ataupun artikel yang bermanfaat untuk semua, kami sangat mengalu-ngalukan bantuan anda untuk berkongsi artikel kami di laman sosial anda. Laman ini baru sahaja dimajukan sejak bulan lima 2017 walaupun domain (notakaki.com) ini sudah dibeli lebih 1 tahun. Kami berharap, artikel-artikel di laman ini dapat memberi inspirasi dan manfaat yang banyak kepada anda semua dan juga kepada masyarakat awam.