Facebook Bakal Bida Hak Penyiaran Bola Sepak EPL

Live streaming kini menjadi satu alternatif netizen yang sering kali sibuk berkerja dan tiada masa untuk menonton televisyen di rumah. Dengan kemudahan internet yang laju dan tanpa had juga menyebabkan peningkatan penggunaan striman.

Bloomberg baru-baru ini melaporkan Facebook berhasrat mendapatkan hak penyiaran liga bola sepak paling popular di dunia, Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk beberapa buah negara di Asia Tenggara. Antara negara yang terlibat ialah Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam.

Rundingan Facebook sedang berlaku dan jika berjaya, mereka akan bakal menerima hak eksklusif selama tiga tahun dan sekaligus ia bakal menjadi tumpuan untuk peminat bola sepak. Selain Facebook, Beinsport pemegang hak striman sukan untuk rantau ini juga turut bersama sertai pembidaaan ini.

Pihak Facebook akan membuat pegumuman ini dalam tempoh terdekat ini. Nampaknya Malaysia tidak tersenarai dalam pelan siaran EPL di Facebook ini. Mungkin Malaysia akan ditambah di masa akan datang?

Sumber : TheStar