Kalau Ada RM12, Boleh Keluaq Duit Dak?

Menjadi impian setiap ibu bapa untuk memberi pendidikan yang terbaik buat anak sehingga mereka berjaya di masa depan. Biarpun terpaksa bergadai, berhabis, berjual harta benda, sungguh jasa itu tidak dibayar dengan wang ringgit melainkan kasih sayang yang sepenuhnya dari anak kepada ibu bapanya.

Pertanyaan seorang lelaki ini membuatkan Azlyn Suhaimi terkedu dan sebak dengan apa yang dilalui olehnya. Enggan membiarkan lelaki itu dilanda kesusahan, Azlyn tampil membantunya.

SHORT story of the day. Aku pergi bank, tengah beratur di ATM machine, ada seorang pakcik baru pun tengah beratur. Tetapi kat ATM machine yang lagi satu.

Pakcik itu sapa perempuan di depan dia. Sebab perempuan itu terkejut, dia macam terjerit sikit la yang mencuri perhatian kami di situ.

“Kalau ada RM12, boleh keluaq duit dak?” tanya pakcik itu sambil menunjuk kad ATM dia.

Perempuan itu geleng-geleng kepala. Pakcik itu pun keluar balik dari bank itu. Waktu dia tanya perempuan itu, dah sampai turn aku di depan ATM machine. Aku toleh belakang, pakcik itu dok pakai helmet.

Aku keluarlah pergi kat pakcik itu dan aku tanya, “Pakcik dari mana nak pergi ke mana?”
“Nak balik SP. Minyak motosikal nak habis. Pakcik tak dak duit dalam dompet. Kalau boleh cucuk duit,” jawapannya membuatkan aku terkelu seketika.

Aku tengok raga motosikal dia ada plastik penuh dengan ulam sayur ulam. Aku tanya dia, ini banyak-banyak nak buat apa? Dia kata dia nak pergi jual. Dapat jual di market, modal boleh buat makan.

*Bergenang ayaq mata aku

Dia beritahu semalam dia hantar anak masuk asrama. Habis bagi duit buat belanja. Aku pun kata aku nak beli ulam-ulam ini dari dia. Dia kata dia belum timbang lagi. Dia tak cuci lagi. Aku pun ambillah serba sikit ikut genggam tangan aku.

Aku bagilah sikit duit bayar ulam. Dia kata banyak sangat. Cukup bagi buat modal minyak motosikal dia pun jadilah.

“Ambillah, bawa motosikal elok-elok.”

Aku tengok dia cium duit itu dengan penuh rasa bersyukur. Aku memang menahan takungan empangan saja sejak dari tadi. Sebak!

“Terima kasih adik. Cukuplah ada seorang anak macam adik ini. Pakcik bersyukur sangat,” katanya.

Aku senyum saja tengok dia start motosikal dan berlalu pergi. Aku nak masuk kereta, ada makcik kedai di depan bank itu memanggil aku dan tanya nak minum apa. Rezeki dapat milo ais free, roti telur satu free.

Bukanlah aku cerita nak riak, tetapi aku percaya satu kebaikan kecil kita bagi orang lain, Allah balas dengan kebaikan yang lain. Sekiranya orang buat jahat pada kita, tetap balas dengan kebaikan. Aku belajar itu hari ini.