KWSP Sekat Akaun Ahli Dalam Tempoh 24 Jam

June 21, 2017

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWP) mengingatkan ahli supaya berwaspada dengan pelbagai mesej palsu dan penipuan yang tersebar melaui media sosial, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp.

KWSP telah mengenal pasti satu mesej SMS palsu yang dihantar kepada ahli yang menyatakan bahawa akaun KWSP ahli akan disekat dalam tempoh 24 jam melainkan ahli menghubungi nombor telefon bimbit yang tertera (lihat petikan skrin mesej SMS). KWSP sekali lagi ingin menegaskan bahawa mesej ini adalah PALSU dan bukan dihantar oleh KWSP.

Mesej rasmi daripada KWSP akan memaparkan kod ringkas (shortcode) lima digit sebagai ID penghantar, dan tidak dihantar kepada ahli melalui nombor telefon bimbit peribadi.

Sumber : KWSP|BeritaHarian|TheStar

Article Tags:
· · · · · · ·
Article Categories:
Palsu · Viral