Minuman ‘Fanta Apple’ Mengandungi Lemak Babi?

June 8, 2017

Kembali tular di media sosial berkenaan dakwaan minuman jenama Fanta yang terbaru iaitu ‘Fanta Apple’ mengandungi lemak babi.

JAKIM, melalui laman Facebook rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM menegaskan bahawa minuman jenama Fanta merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah sehingga kini.

Untuk makluman, jawapan kepada isu ini pernah dijawab oleh Bahagian Hab Halal JAKIM pada 12 Oktober 2016 dan 28 Disember 2015.

Sumber : JAKIM|Sebenarnya

Article Tags:
· · · · ·
Article Categories:
Viral