Pengasuh Pukul Dan Paksa Anak Asuhan Makan

Viral di media sosial, video seorang pengasuh memaksa anak asuhannya makan dan sesekali dipukul di bahagian muka sekiranya mangsa enggan menelan makanan yang disuapkan, mencetuskan kemarahan netizen.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah taska di Vietnam, pemilik taska terbabit, Dinh Thi Hong, 46, telah ditahan oleh pihak polis selepas beberapa ibu bapa kepada kanak-kanak yang dihantar ke taska itu mendakwa wanita dalam video viral itu adalah Hong.

Klip video tersebut menunjukkan, seorang kanak-kanak lelaki tidak berbaju baring di atas lantai sambil disuap secara paksa oleh Hong yang juga beberapa kali memukul muka mangsa yang tidak mahu menelan makanan yang disuapkan.
Lebih teruk lagi, apabila Hong juga tergamak bertindak mengasari seorang bayi berusia bawah dua tahun dengan mengangkat belakang lehernya, sementara sebelah tangan kanan Hong menekup muka mangsa dengan kain kerana geram mangsa enggan makan.

Dalam keterangan kepada pihak polis, Hong mengakui bahawa dialah wanita yang dirakam dalam video dan gambar itu dalam kejadian yang berlaku lebih sebulan yang lalu. Menurut Hong, video dan gambar itu dirakam oleh bekas pekerjanya.

Pegawai Pendidikan Ngo Chinh Cong berkata, taska itu sebelum ini telah berikrar tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang berunsurkan penderaan dan akan beroperasi secara profesional. Pihaknya juga pernah beberapa kali membuat pemeriksaan sebelum ini tetapi tiada sebarang masalah yang dikesan.



Menurut Jabatan Pendidikan Daerah Thanh Khe, Hong mempunyai kelulusan ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak dan telah diberikan kebenaran untuk membuka taskanya sendiri, Me Muoi’.

Bagaimanapun, susulan dari kejadian itu yang zalim itu, pihak berkuasa mengarahkan taska itu terus ditutup dan tidak dibenarkan untuk beroperasi. Pihak polis kini sedang mendapatkan kerjasama dari ibu bapa kanak-kanak yang dihantar ke taska itu, untuk membantu siasatan.

Sumber : TheReporter