Wak Doyok Kantoi Ambil Gambar Dari Google

Semalam, ikon fesyen dengan misai lentik 160 darjah, Wak Doyok atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, 38, memuat naik gambar biliknya dipenuhi kotak kasut di Instastory dengan kapsyen:

Bilik dah penuh dengan kotak #sneckers

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter, Faruk Mekic (@BAMItsYouk), pula mempersoalkan bagaimana gambar koleksi kasut Wak Doyok boleh berada dalam enjin carian Google?

“Salam Wak Doyok. Saya ada satu soalan yang sangat musykil la. Macam mana collection wak boleh masuk Google ni? Ada orang senang-senang ambil gambar wak ni!” tulis Faruk.
Faruk turut menyertakan beberapa gambar carian di Google yang ditemuinya di Pinterest dan Sole Collector pada tahun 2014.

Berdasarkan screenshot yang dikongsikan netizen, salah seorang followers Instagram Wak Doyok turut dimaklumkan bahawa koleksi kasut-kasut itu disimpan dari tahun 2008 ke tahun terkini.

Simpan dari tahun 2008 – 2018 bro..” balas mesejnya kepada followers berkenaan.

Tweet itu turut mendapat perhatian netizen yang katanya sudah lali dengan perangai ikon fesyen itu yang seringkali menggunakan gambar pihak lain untuk kepentingan dirinya. Malah netizen turut mengandaikan Faruk bakal diblock oleh Wak Doyok.-TR